Sabtu, 12 Oktober 2013

Hal menundukkan kepala di hadapan patung


Soalan: Ada beberapa umat yang mempersoalkan petikan Ulangan 5:9 yang berkaitan dengan penyembahan patung, “jangan sujud kepada berhala apa pun.” Namun, Gereja Katolik berlutut dan tunduk hormat kepada patung Yesus dan para Santo. Apakah alasan Gereja mengenai hal ini?

Jawaban: Gereja Katolik amat tahu dan menyedari mengenai dosa penyembahan berhala. Namun Perkara menundukkan kepala atau berlutut di hadapan patung Yesus, para Santo dan imej suci namun ia adalah sebagai tindakan menghormati kepada perkara-perkara yang suci. Mungkin menundukkan kepala dianggap sebagai gerak tubuh untuk menyembah sesuatu tetapi harus diingat bahawa menundukkan kepala tidak bermakna memuja sahaja.

Di Jepun, mereka menundukkan kepala sebagai tanda sapaan (sama seperti orang Barat yang berjabat tangan). Begitu juga dengan rakyat atau para pegawai yang menundukkan kepala atau berlutut di hadapan Raja tidak bermaksud mereka memujanya sebagai Tuhan, tetapi sebagai tindakan menghormati. Begitu juga apabila seorang umat Katolik yang mungkin berlutut di hadapan patung semasa berdoa tetapi ini tidak bermaksud dia menyembah atau memuja patung.

Sama seperti penganut Protestan yang berlutut dengan memegang Kitab Suci ketika berdoa adalah tidak bermaksud memuji Alkitab atau mendoakan dengannya. Selain tuduhan dan kekeliruan mengenai penyembahan patung, ada kumpulan anti-Katolik yang mengatakan penganut Katolik tidak taat kepada perintah kedua dalam hukum 10 perintah Tuhan.

Ini adalah kerana di dalam Katekismus Katolik, perintah pertama yang kerapkali disenaraikan ialah “Jangan sembah tuhan-tuhan lain; sembahlah Aku sahaja.” (Kel 20:3), dan perintah kedua yang tercatat ialah “Jangan sebut nama-Ku untuk maksud yang jahat,” (Kel 20:7). Di sinilah pertikaian berlaku di mana Katolik dikatakan telah "memadamkan" larangan penyembahan patung untuk membolehkan penggunaan penyembahan patung dilakukan.

Tetapi ini adalah salah sama sekali! Agama Katolik hanya menggolongkan perintah-perintah ini untuk membezakannya daripada mazhab Protestan yang lain. Kitab Keluaran 20:2-17 telah menyenaraikan Sepuluh Hukum Tuhan yang sebenarnya mengandungi 14 ayat perintah. Ia diringkaskan menjadi Sepuluh Hukum setelah beberapa perintah digabungkan di dalam golongan yang sama. Pada zaman dahulu, politeisme (percaya tuhan itu lebih daripada satu) dan penyembahan berhala se ringkali dilihat sebagai satu amalan yang sama. Amalan politeismelah yang menyebabkan berlakunya penyembahan berhala.

Oleh itu, dari segi sejarah, orang Yahudi menggabungkan dua perintah ini iaitu “Jangan sembah tuhan-tuhan lain; sembahlah Aku sahaja” (Kel 20:3) dan “Jangan buat patung bagi diri kamu” (Kel 20:4) menjadi satu hukum di dalam 10 hukum Tuhan. Katolik mengikut sejarah kaedah penomboran yang digunakan oleh orang Yahudi, sama seperti Lutheran. Namun, Martin Luther menganggap politeisme dan penyembahan berhala adalah berbeza maka perintah tersebut dipisahkan menjadi dua.

Yahudi dan Kristian merumuskan perintah untuk menjadi satu rangkap agar ianya mudah diingati. Sebagai contoh, Yahudi, Katolik dan Protestan menyimpulkan perintah hari Sabat yang mengandungi empat rangkap, menjadi satu rangkap sahaja iaitu “rayakanlah hari Sabat dan hormatilah hari itu sebagai hari yang suci.” Apabila larangan politeisme/penyembahan patung diringkaskan maka Yahudi, Katolik dan Lutheran menyimpulkan ayat tersebut menjadi “Jangan sembah tuhan-tuhan lain.”

Tidak ada percubaan untuk “memadamkan” larangan penyembahan patung (Yahudi dan Lutheran langsung tidak menggunakan patung para santo dan malaikat). Ini hanyalah untuk memudahkan pembelajaran sepuluh hukum Tuhan. 

Walau bagaimanapun, Gereja Katolik tidak begitu dogmatik mengenai bagaimana Sepuluh Hukum Tuhan ini digolongkan tetapi katekismus Gereja Katolik mengatakan, “Dalam peredaran sejarah perintah-perintah dibagi dan diurutkan secara berlain-lainan. 

Katekismus ini mengikuti pembagian yang dibuat oleh santo Agustinus, dan telah menjadi tradisi dalam Gereja Katolik. Pembagian ini juga digunakan dalam pengakuan iman Luteran. Bapabapa Yunani memakai pembagian yang agak lain, yang terdapat di dalam Gereja Ortodoks dan komuniti- komuniti Reformis”.(CCC 2066).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar